Rabu, 6 Januari 2021

Salahuddin kecam UMNO, jangan haus nak kuasa katanya

 KUALA LUMPUR – UMNO diminta jangan ‘kehausan’ kuasa sebaliknya mengutamakan kesejahteraan rakyat ketika negara dalam keadaan getir membendung Covid-19.

Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Seri Salahuddin Ayub kesal dan terkejut dengan sikap kepimpinan UMNO yang menggertak dan ugutan ketika negara masih dalam keadaan krisis.

Tambah beliau, tindakan segelintir pemimpin UMNO yang mengeluarkan ugutan dan desakan menyegerakan Pilihan Raya Umum tergempar adalah satu tindakan menjijikkan.



“Saya menyeru politiklah untuk kita bantu rakyat. Maknanya parti-parti politk sebelah kerajaan dalam Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional kenapa harus secara terbuka berkelahi sehingga membawa usul-sul yang menampakkan perpecahan yang jelas agenda peribadi dan agenda parti sendiri.

“Sepatutnya pada hari ini selepas bajet diluluskan kita sepatutnya ada pelan tindakan untuk kita turun padang jumpa rakyat dan berusaha menyelamatkan ekonomi dan kelangsungan hidup rakyat yang kini kritikal (akibat Covid-19).

“Kamu semua terus berpolitik, teruskanlah tetapi hentikanlah politik peribadi yang memalukan serta memualkan ini dan kita fokus kepada kebajikan rakyat,” katanya ketika ditemui di pekarangan Pintu 3 Istana Negara hari ini.

Salahuddin berkata, bukan masanya untuk desak adakan snap election, mendesak orang letak jawatan walhal rakyat akan terus terabai tanpa pembelaan.

“Kita sepatutnya bersama-sama melaksanakan agenda rakyat selepas Belanjawan 2021 diluluskan,” ujarnya.

Kata Salahuddin, sebagai parti lama dan tertua negara UMNO tidak sepatutnya bersikap demikian sebaliknya menunjukkan contoh kepada parti-parti lain, bukan haus kuasa, lapar kuasa.

“Saat ini Covid-19, anak-anak hilang pekerjaan, rakyat susah. Semalam saya lihat beratur panjang di bawah panas terik depan pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk mengeluarkan simpanan sendiri.

“Bayangkan betapa susahnya merekatapi tiba-tiba parti politik ini usul bubar Parlimen, usul nak pecah daripada PN, politik apa macam ini,” katanya. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2021/01/05/umno-jangan-lapar-kuasa-ini-bukan-masa-pru-salahuddin/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Najib 'tarbi' kerajaan PN kerana tidak mampu menjaga warganya sendiri yang jatuh sakit

  Memang itulah yang terjadi, mengapa Najib kritik lantang dengan kerajaan PN sekarang ini? Puncanya kerna mereka cara mereka menyelesaikan ...