Sabtu, 27 Februari 2021

Agong berkenan Parlimen bersidang semula, tapi kenapa Putrajaya senyap, soal Najib

 


PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak menyuarakan kehairanan beliau apabila kerajaan kerana tidak memberi sebarang maklum balas selepas Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan Parlimen bersidang semasa tempoh proklamasi darurat yang berkuatkuasa sehingga Ogos.

“Adalah amat luar biasa bahawa tiada seorang daripada pihak kerajaan pernah memberi apa-apa maklum balas kepada titah Yang di-Pertuan Agong sehingga kini?” katanya ringkas di Facebook hari ini.

Pada Rabu, Agong berpandangan Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat dilaksanakan, iaitu pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai olehnya atas nasihat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin selepas menerima menghadap Speaker Dewan Negara Rais Yatim dan Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun di Istana Negara.

“Oleh itu, tanggapan sesetengah pihak bahawa pelaksanaan proklamasi darurat menghalang Parlimen untuk bersidang adalah tidak tepat,” kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Indera Ahmad Fadil Shamsuddin

Terdahulu, bekas Ahli Parlimen Sri Gading Ab Aziz Kaprawi menyifatkan keputusan Agong itu sebagai “mimpi ngeri” buat Muhyiddin, dengan berkata, kerajaan tidak lagi boleh bertindak sewenang-wenang.

Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub semalam menggesa Parlimen kembali bersidang supaya keabsahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dapat diputuskan secara muktamad.

Katanya, gabungan kerajaan itu sepatutnya tidak lagi menggunakan pandemik Covid-19 sebagai alasan untuk menunda “kejatuhan” kerajaan, yang menurutnya “pasti akan berlaku”.

Dua Ahli Parlimen Umno menarik sokongan mereka kepada PN sebelum darurat diisytiharkan, iaitu Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz dan Ahli Parlimen Machang Ahmad Jazlan Yaakub.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/02/27/agong-berkenan-parlimen-bersidang-semula-tapi-kenapa-putrajaya-senyap-soal-najib/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Pelik! Muhyiddin kata kerajaan sudah dah tak banyak duit, tetapi timbalan menteri pelancongan baru tetap akan dilantik hari ini

 Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Dee Koh Hoi dilapor akan mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri pelancongan, ke...