Ahad, 28 Februari 2021

Amanah Bukit Bintang gesa kaji semula kerjasama dengan PKR

 PETALING JAYA: Amanah Bukit Bintang menggesa kepimpinan parti mengkaji semula kerjasama dengan PKR selepas tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Johor menyertai parti itu.



Amanah Bukit Bintang turut meminta kepimpinan parti mengkaji semula kedudukan dalam gabungan Pakatan Harapan (PH).

“Senario ini mengeruhkan lagi hubungan serta mencalarkan semangat setiakawan antara parti-parti dalam PH.

“Kami juga menyokong penuh kenyataan Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub yang menyesali tindakan parti rakan PH yang menerima ADUN Amanah yang melompat,” katanya dalam kenyataan bersama hari ini.

Kenyataan bersama itu melibatkan Ketua Amanah Bukit Bintang, Ahmad Asri Talib; timbalannya Ahmad Thaari Abdul Rahim; Ketua Pemuda, Sheikh Khuzaifah; Ketua Wanita, Sharifah Juanie; Ketua Warda Fatihah Salahuddin dan Ketua Arif Bintang, Ismail Othman.

Semalam, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad mengesahkan tiga ADUN parti itu di Johor menyertai PKR, sekutunya dalam PH.

Khalid memberitahu FMT bahawa tindakan tiga wakil rakyat itu tidak mengejutkan kerana khabar angin berhubung keputusan mereka sudah tersebar sebelum itu.

Bagaimanapun katanya, tindakan itu tidak menjejaskan hubungan dalam PH atau antara PKR dan Amanah, selain ADUN terbabit kekal komited dengan gabungan itu.

Dalam pada itu, Amanah Bukit Bintang berkata tindakan menerima ADUN berkenaan melambangkan tiada kesepakatan dalam gabungan yang dibentuk.

Katanya, strategi politik parti dalam PH sepatutnya berteraskan pembelaan nasib rakyat yang terkesan atas caca marba pengurusan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang masih tiada keabsahan, bukannya “menzalimi” sesama parti rakan dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-15 jika Parlimen dibubarkan.

“Berdasarkan Global Corruption Barometer 2020 oleh Transparency International yang melibatkan seramai 20 ribu responden di 17 negara di rantau Asia, hampir sepertiga mempunyai persepsi negatif, iaitu Ahli Parlimen merupakan mereka yang terlibat dengan gejala rasuah.

“Justeru, kami juga menyarankan agar Akta Antilompat Parti dikaji dan diperhalusi bagi mengekang amalan lompat parti daripada terus menjadi barah dalam proses demokrasi di Malaysia,” katanya.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/02/28/amanah-bukit-bintang-gesa-kaji-semula-kerjasama-dengan-pkr/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Najib tetap PM paling teruk dalam sejarah kata Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia paling teruk dalam sejarah negara ini. ...