Isnin, 15 Februari 2021

Amanah sasar 50 kerusi Parlimen PRU 15

 KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (Amanah) menyasarkan sekurang-kurangnya 50 kerusi Parlimen di seluruh negara untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU 15) ini.

Jumlah itu, yang ditandingi parti berkenaan pada PRU 14, sama ada menang mahupun kalah.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Pilihan Raya Amanah, Senator Aiman Athirah Al Jundi, parti itu juga akan meletakkan calon di kerusi yang ditandingi Pas ketika PRU 13, tetapi terpaksa dilepaskan kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada PRU 14.



Katanya, jumlah itu juga meliputi beberapa kerusi menang oleh calon Pakatan Harapan (PH), tetapi telah dikhianati oleh Ahli Parlimen setahun lalu.

“Komitmen tertinggi Amanah ialah tetap bekerjasama dengan semua gabungan parti di dalam PH, iaitu PKR dan DAP.

“Kita juga akan bekerjasama dengan rakan parti pembangkang yang mendukung aspirasi perjuangan bersama untuk membina semula negara bagi kesejahteraan setiap warganegara di seluruh negeri dan wilayah.

“Perjuangan bersama ini termasuk memerangi rasuah di semua peringkat khususnya yang telah berakar dalam pentadbiran awam itu sendiri,” katanya di sini, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional berkata, negara ini perlu diletakkan kembali ke landasan yang betul, sama ada daripada aspek ekonomi mahupun aspek sosial.

Setiap rakyat, kata beliau, berhak menerima perkhidmatan terbaik, bukan sebaliknya berterusan menjadi seolah-olah pengemis dalam negara merdeka yang mereka sendiri memilih pemerintah mewakili kepentingan rakyat. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:

Catat Komen

[Gaduh besar] Bersatu, UMNO bertelagah kemelut lantik ketua kampung di Johor

Ketika hubungan Bersatu dan Umno didakwa bermasalah, pimpinan dua parti itu bertelagah lagi. Kali ini di Johor dan menyentuh isu kemelut ...