Jumaat, 5 Februari 2021

PH tiada sokongan majoriti, kumpulan Azmin buat saya letak jawatan – Tun M

 KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menegaskan punca beliau meletakkan jawatan adalah disebabkan Pakatan Harapan (PH) sudah tidak mempunyai majoriti yang besar.

Malah beliau berkata, tindakan bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang menarik balik sokongan terhadap PH juga menyebabkan PH tumbang.



“Saya tidak ada pilihan, parti saya ketika itu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) putuskan untuk menarik diri daripada PH dan juga dengan penyokong Azmin Ali membuatkan PH tumbang.

“Samada saya letak jawatan atau tidak, saya tidak boleh menjadi Perdana Menteri PH kerana gabungan itu sudah tumbang.

“Pada masa yang saya, parti saya (Bersatu) tolak nasihat saya yang saya anggap seperti undi tidak percaya parti sendiri terhadap saya,” katanya dalam tembual bersama FMT.

Beliau berkara demikian menyangkal dakwaan bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas bahawa tindakan beliau meletakan jawatan adalah pengkhianatan besar-besaran terhadap rakyat.

Thomas berkata membuat dakwaan itu dalam memoirnya, My Story: Justice in the Wilderness.

Mahathir menjelaskan apabila beliau berundur sebagai Pengerusi Bersatu, secara automatik beliau bukan lagi seorang Perdana Menteri kerana beliau sudah tidak berparti dan Bersatu pula bertindak menolak beliau.

“Jadi apa kedudukan saya? Saya ahli parti yang bukan lagi memerintah jadi apa pilihan yang saya ada? Saya tidak boleh berkeras menjadi Perdana Menteri.

“Saya perlu disokong parti, saya tidak ada parti lagi, jadi saya buat keputusan untuk berundur sebagai pengerusi Bersatu kerana mereka telah menolak saya dan atas sebab itu saya perlu letak jawatan sebagai Perdana Menteri. Itu bukan pilihan saya,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2021/02/05/ph-tiada-sokongan-majoriti-kumpulan-azmin-buat-saya-letak-jawatan-tun-m/

Tiada ulasan:

Catat Komen

[Gaduh besar] Bersatu, UMNO bertelagah kemelut lantik ketua kampung di Johor

Ketika hubungan Bersatu dan Umno didakwa bermasalah, pimpinan dua parti itu bertelagah lagi. Kali ini di Johor dan menyentuh isu kemelut ...