Khamis, 4 Februari 2021

[Serius?] PKP 2.0 bawa kesan positif turunkan kes Covid-19 di 4 negeri

 Pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) membawa kesan positif di beberapa negeri seperti Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang yang mula menunjukkan trend penurunan kes Covid-19.

Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin bagaimanapun berkata, peningkatan kes masih berlaku di Selangor, Kuala Lumpur dan Johor.



“Negeri-negeri (ini dengan kes masih tinggi) yang berkepadatan tinggi, di samping mempunyai kegiatan ekonomi dan industri yang rancak,” katanya dalam perutusan khas.

Sementara itu, Muhyididn menggesa semua pihak menghentikan tohmahan tidak berasas terhadap pelaksanaan darurat yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, kerajaan mendapat perkenan untuk melaksanakan darurat selepas Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bersetuju penularan Covid-19 di tahap kritikal dan darurat diperlukan selaras keputusan Kabinet.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/02/04/pkp-2-0-bawa-kesan-positif-turunkan-kes-covid-19-di-4-negeri/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Agong berkenan Parlimen bersidang semula, tapi kenapa Putrajaya senyap, soal Najib

  PETALING JAYA: Bekas perdana menteri Najib Razak menyuarakan kehairanan beliau apabila kerajaan kerana tidak memberi sebarang maklum balas...