Rabu, 17 Februari 2021

Sudah boleh diadakan Sidang Parlimen, sebab semua MP akan disuntik vaksin, kata Mahfuz

 Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disarankan menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mengemukakan cadangan agar Parlimen dapat bersidang pada Mac dan April tahun ini.



Ini kerana kata Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Mahfuz Omar, Ahli Parlimen antara individu terawal yang akan menerima suntikan vaksin Covid-19 dan sepatutnya sidang Parlimen sudah boleh dijalankan.

“Macam ini sidang Parlimen sudah boleh diadakan, sebab semua MP (Ahli Parlimen) akan disuntik vaksin.

“Sidang Parlimen digantung sebab Covid-19. Suntik vaksin untuk cegah jangkitan.

“Jadi, PM (Perdana Menteri) 109 sudah boleh menghadap Agong untuk kemukakan tarikh cadangan sidang Parlimen (agar) diadakan (pada) Mac dan April 2021,” katanya dalam satu hantaran Facebook yang mengulas pengumuman terkini Perdana Menteri.

Pagi ini, Muhyiddin memaklumkan bahawa semua Ahli Parlimen dan Adun termasuk dalam golongan pertama yang akan menerima vaksin Covid-19

Beliau berkata, mereka akan menerimanya ketika fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, yang akan bermula 26 Feb ini.

Fasa pertama ini dijangka berjalan sehingga April dan disusuli dengan fasa kedua yang berjalan sehingga Ogos.

https://perakinsights.com/2021/02/17/sidang-parlimen-sudah-boleh-diadakan-sebab-semua-mp-akan-disuntik-vaksin-kata-mahfuz/

Tiada ulasan:

Catat Komen

[Hot!] Jangan anggap PN kerajaan yang lemah – Razali

 KUALA LUMPUR – Jangan menganggap Perikatan Nasional (PN) sebagai satu kerajaan yang lemah atau tidak berwibawa. Ini kerana kerajaan PN tela...