Jumaat, 19 Mac 2021

Belum masanya lagi, PH tiada komitmen bersama Umno dalam PRU kata bekas Menteri

  PETALING JAYA: Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata Pakatan Harapan (PH) buat masa ini belum ada sebarang komitmen untuk bersama Umno pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.



Beliau berkata demikian selepas ditanya sama ada PH ada membincangkan mengenai kerjasama dengan Umno atau tidak dalam Mensyuarat Majlis Presiden gabungan itu petang tadi.

“Kita sudah jelas pertemuan diadakan macam biasa. Tetapi tidak ada komitmen untuk bersama PRU. Tidak ada,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat PKR hari ini.

Dalam pada itu, Salahuddin ketika ditanya sama ada rakan-rakan parti dalam PH menerima kerjasama dengan Umno, Salahuddin mengulangi tiada komitmen kerjasama dengan parti itu.

“Kita dah bincang dengan Umno ini, jumpa boleh. Kita boleh bincang tetapi untuk keputusan PRU itu tidak pernah kita muktamadkan apa-apa,” katanya.

Selasa lalu, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mengesahkan wujud usaha menjalin kerjasama dengan Umno ketika negara menuju PRU15, dengan beberapa pertemuan diadakan bersama pemimpin parti itu yang menampakkan hasil “positif”.

Dalam siri temu bual dengan Utusan Malaysia, ketua pembangkang berkata pertemuan berkenaan berlangsung secara tidak rasmi dengan hasrat “untuk membentuk kerajaan baharu” bagi “menyelamatkan negara”.

Anwar berpuas hati dengan hasil perbincangan itu, namun menegaskan sebarang kerjasama dengan Umno bergantung kepada kesanggupan parti Melayu itu untuk menjalin kerjasama berteraskan “idealisme”.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/03/18/ph-tiada-komitmen-bersama-umno-dalam-pru-kata-salahuddin/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Pelik! Muhyiddin kata kerajaan sudah dah tak banyak duit, tetapi timbalan menteri pelancongan baru tetap akan dilantik hari ini

 Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Dee Koh Hoi dilapor akan mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri pelancongan, ke...