Rabu, 17 Mac 2021

Dengan nada tegas! Bayar pampasan, jangan sampai guna air selut Sg Muda, kata MB Kedah kepada P Pinang

 PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor memberi amaran Pulau Pinang mungkin akan hanya mengepam air selut Sungai Muda suatu ketika nanti, jika terus enggan membayar pampasan kepada Kedah.



Beliau berkata, kerajaan Kedah mempunyai beberapa projek yang sekiranya dilaksanakan, berupaya mengakibatkan Pulau Pinang tidak lagi mendapat sumber air melalui Sungai Muda.

“Kita ada beberapa projek yang tidak umum lagi yang akan beri masalah kepada mereka (Pulau Pinang) kalau tetap enggan bayar (pampasan air), saya akan umum nanti.

“Pulau Pinang boleh guna dahulu (air Sungai Muda), sampai hari akan keluar air selut dan mereka boleh guna,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow sebelum ini menegaskan kerajaan negeri tidak akan membayar pampasan yang dituntut Muhammad Sanusi dan akan mempertahankan hak negeri itu di mahkamah.

Muhammad Sanusi berkata, kerajaan negeri turut bersedia membawa pertikaian berkenaan ke mahkamah, namun akan merujuk kes kepada kerajaan persekutuan terlebih dahulu.

“Proses ini akan sampai mahkamah, tetapi kita akan minta kerajaan pusat melalui Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi mengadakan proses timbang tara untuk atasi hal ini.

“Jika timbang tara gagal selesaikan, kita akan ke mahkamah. Saya akan pergi ke hujung dunia untuk mempertahankan hak ini,” katanya.

Kedah sebelum ini menuntut Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menjelaskan bayaran sumber air mentah sebanyak RM50 juta setahun sejak 2010.

Bagaimanapun, kerajaan Pulau Pinang bertegas menolak tuntutan itu.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/03/17/bayar-pampasan-jangan-sampai-guna-air-selut-sg-muda-kata-mb-kedah-kepada-p-pinang/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Pelik! Muhyiddin kata kerajaan sudah dah tak banyak duit, tetapi timbalan menteri pelancongan baru tetap akan dilantik hari ini

 Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Dee Koh Hoi dilapor akan mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri pelancongan, ke...