Jumaat, 26 Mac 2021

Gempar! Annuar tegaskan dekat Zahid, PAU pentas terbaik perjelas pada ahli isu kerjasama dengan PKR

 PETALING JAYA: Perhimpunan Agung Umno (PAU) kali ini adalah pentas terbaik buat presiden Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan hala tuju parti, susulan masih timbul kesamaran dalam kalangan ahli selepas parti itu dikaitkan akan bekerjasama dengan PKR.



“Saya fikir presiden Umno mempunyai peluang yang terbaik sewaktu PAU diadakan kerana akan ada ucapan dasar presiden. Saya faham sememangnya ada kesamaran, tanda tanya dan berita yang bercanggah. Ada yang kata Zahid berbincang dengan PKR, ada yang kata ada surat dan tandatangan berpakat menyokong Anwar (Ibrahim).

“PKR sendiri melalui Anwar berkata, ada jumpa tetapi tidak ada pakatan. Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail pula kata perjumpaan hanya biasa-biasa sahaja. Jadi, banyak versi, pada PAU kali ini adalah peluang terbaik dan eloklah perkara itu dijelaskan,” kata Ketua Umno Ketereh Annuar Musa.

Media sebelum ini melaporkan Zahid berkata, Umno tidak akan bekerjasama dengan PKR pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, sebaliknya hanya akan menjalinkan kerjasama dengan rakan komponen Barisan Nasional (BN) sahaja.

Zahid berkata, Umno juga tidak mempunyai sebarang perbincangan bersama PKR mengenai kerjasama pilihan raya dan sebarang perjanjian hanya akan diterokai selepas PRU15.

Perkembangan itu menyusul selepas Anwar berkata wujud usaha menjalin kerjasama antara kedua parti itu.

Pada 16 Mac, Anwar mengesahkan wujud usaha menjalin kerjasama dengan Umno ketika negara menuju PRU15, dengan beberapa pertemuan diadakan bersama pemimpin parti itu yang menampakkan hasil “positif”.

Dalam siri temu bual dengan Utusan Malaysia, ketua pembangkang berkata pertemuan itu berlangsung secara tidak rasmi dengan hasrat “untuk membentuk kerajaan baharu” bagi “menyelamatkan negara”.

Anwar berpuas hati dengan hasil perbincangan itu, namun menegaskan sebarang kerjasama dengan Umno bergantung kepada kesanggupan parti Melayu itu untuk menjalin kerjasama berteraskan “idealisme”.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/03/26/pau-pentas-terbaik-zahid-perjelas-pada-ahli-isu-kerjasama-dengan-pkr-kata-annuar/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Azmin kata dia yakin audio itu rakaman sahih, anggap itu pengkhianat terbesar Anwar

 Mohamed Azmin Ali yakin audio yang dikatakan perbualan antara Presiden PKR Anwar Ibrahim dan presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi merupakan...