Selasa, 23 Mac 2021

Gempar! Pemimpin Kanan Amanah didakwa peluk dan raba wanita dalam kereta di Petaling Jaya

 Seorang ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Amanah dari utara tanah air dinamakan dalam satu laporan serangan seksual oleh aktivis PKR yang menuduh ahli politik itu meraba tubuhnya.



Dalam laporan polis dilakukan di balai polis Subang Jaya minggu lalu yang dilihat MalaysiaNow menyatakan insiden itu berlaku di sebuah pusat membeli belah di Petaling Jaya dan di dalam kereta ahli politik itu.

Apabila dihubungi, polis mengesahkan laporan tersebut, namun butiran lanjut tidak diberikan.

Pengadu berkata mulanya dia bertemu dengan ahli politik itu pada Januari, dan kemudian bertemu kali kedua selepas bersetuju untuk makan malam pada hari kelahirannya.

Wanita itu berkata dia bersetuju untuk makan malam bersama kerana “berbesar hati” kerana dibelanja ahli politik tersebut.

Bagaimanapun, dia mendakwa lelaki itu cuba memeluk dan merabanya di dalam kereta ketika menuju ke sebuah restoran.

Menyedari perbuatannya tidak disenangi, lelaki itu kemudian memintanya untuk merahsiakan kejadian tersebut.

Di dalam laporan itu juga, wanita itu mendakwa mengalami “gangguan emosi” sejak kejadian tersebut.

Menurut laporan itu lagi, Adun yang dimaksudkan adalah salah seorang pemimpin kanan Amanah yang juga merupakan anak kepada seorang tokoh politik di Kedah.

Setakat ini, usaha untuk menghubunginya masih tidak berjaya. 

– MalaysiaNow

Tiada ulasan:

Catat Komen

Pelik! Muhyiddin kata kerajaan sudah dah tak banyak duit, tetapi timbalan menteri pelancongan baru tetap akan dilantik hari ini

 Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Dee Koh Hoi dilapor akan mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri pelancongan, ke...