Isnin, 1 Mac 2021

[Hot!] Jangan anggap PN kerajaan yang lemah – Razali

 KUALA LUMPUR – Jangan menganggap Perikatan Nasional (PN) sebagai satu kerajaan yang lemah atau tidak berwibawa.



Ini kerana kerajaan PN telah membuktikan kemampuannya dengan menyediakan pelbagai pakej rangsangan ekonomi dalam tempoh setahun lalu yang telah memberi banyak impak positif kepada rakyat.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Senator Datuk Razali Idris menyifatkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai pemimpin yang dianugerahkan Allah bagi menyelamatkan negara pada ketika krisis politik yang memuncak, krisis ekonomi yang merudum, kesejahteraan kesihatan awam yang terjejas teruk akibat tsunami pandemik Covid-19.

“Sebagai seorang pemimpin besar, pencapaian setahun lalu mengemudikan kerajaan PN menuntut satu keputusan yang sangat berani, luar biasa serta memerlukan pemikiran yang jauh ke hadapan demi rakyat dan Malaysia semata-mata,” katanya yang jyga Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Terengganu dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Razali, adalah sangat tidak adil pelbagai pihak terutama parti politik yang acap kali mengancam, menggugut dan melakukan serangan mengejut betapa politik tidak stabil dan tiada sokongan padu dalam kalangan ahli Parlimen bagi membentuk kerajaan sedia ada.

Namun buktinya kerajaan PN terus bernafas dengan kepelbagaian ancaman dan desakan politik yang melampau serta politik kemaruk yang kononnya mendakwa rakyat dibiarkan berseorangan dan dipinggirkan adalah sesuatu fitnah yang tidak boleh diterima langsung, katanya lagi.

“Hanya segelintir individu politik atau parti politik tertentu termasuklah parti yang ada dalam ikatan PN yang dilihat begitu rakus dan kemaruk untuk mendapatkan kuasa tanpa memperdulikan nasib rakyat, ekonomi negara serta kesihatan awam,” ujarnya.

Sehubungan itu, Razali berkata, sangat wajar kerajaan PN sejak mengemudikan kerajaan setahun lalu boleh dianggap sebagai “penyelamat” negara Malaysia kerana tidak pernah berputus asa dan sentiasa mencari jalan terbaik demi rakyat dan negara.

“Parti Bersatu bersama rakan parti politik dalam kerajaan PN tidak akan mengundur diri sehingga pandemik Covid-19 dapat dibendung sepenuhnya, ekonomi negara telah dipulihkan lebih 90 peratus serta kesejahteraan rakyat kembali pulih dan terjamin.

“Inilah indikator yang jelas bagi kerajaan PN untuk terus memimpin kerajaan kerana rakyat adalah kuasa mutlak dalam menentukan siapa kerajaan selepas ini dalam PRU-15.

“Pihak tertentu usahlah beria-ria mendesak untuk mengadakan PRU-15 kerana tarikh itu pasti tiba dan rakyat adalah penentu bagi nasib dan masa depan mereka dan pastinya rakyat tidak akan mengulangi kesilapan ketika mengundi pada PRU-14 yang lalu,” katanya.- MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2021/03/01/jangan-anggap-pn-kerajaan-yang-lemah-razali/


Tiada ulasan:

Catat Komen

Azmin kata dia yakin audio itu rakaman sahih, anggap itu pengkhianat terbesar Anwar

 Mohamed Azmin Ali yakin audio yang dikatakan perbualan antara Presiden PKR Anwar Ibrahim dan presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi merupakan...