Khamis, 18 Mac 2021

Jajaran baharu politik, siapa perangkap siapa agaknya?

 Gelanggang politik. Episod jajaran kerjasama yang entah mana datangnya untuk berbincang?

Selepas panas isu UMNO menolak Bersatu, bukan main macam pisang goreng laku keras UMNO hari-hari diceritakan di media arus perdana, malah Anwar pun tahu hanya UMNO untuk talian hayat politik sekiranya selepas PRU itu jawapannya.



Kalau diikut akar umbi UMNO memang nyata menolak D4P dan Anwar, itu dah termaktub dalam mesyuarat MT UMNO.

Disudut lain, anda nampak bukan perpecahan berat melanda pakatan Harapan? Mungkin nak kembali berkuasa menang lupakan sahaja.

Dalam PH pun ada dua puak, puak pro Anwar dan pro Mahathir. Masing-masing berbelah bahagi bagaimana nak beri jawapan, Mahathir memang ada task dalam PH tu, dia memang menyokong kerajaan PN, cuma dia perlu ada dalam PH untuk beri masalah untuk Anwar.

Anwar sedar perihal ini, jadi Plan B perlu ada dan dirancang. UMNO adalah jawapannya.

Memang politik itu mustahil, tetapi Mahathir juga pening sebab tidak dapat mengawal UMNO dengan cara gabungan PN.

Mahathir tahu untuk kecilkan UMNO perlu kawal pemimpin yang berjiwa Bersatu untuk hasut dari atas sampai bawah untuk bersama-sama sehingga PRU nanti, maksudnya kerusi katak UMNO perlu relakan, malah pemimpin UMNO kena sujud kepada Bersatu kerana Bersatu adalah abang besar dalam PN.

Tetapi itulah, rancangan itu tidak berjaya sebab Zahid sebagai presiden UMNO dah bau rancangan licik ini. Sokongan UMNO BN terhadap PN hanya sampai PRU 15 sahaja, selepas itu masing-masing ada hala tujunya, kalau ditakdirkan 3 penjuru, itulah jawapannya, jangan jual nama penyatuan Ummah kalau niat sebenar hanyalah untuk menengelamkan UMNO dan mempergunakan UMNO.

Tidak kepada Kluster Bunga hidup hanya berlandaskan wang. Kepada PH usah bermimpi disiang hari, nanti dihinggap badi.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=815957589128943&id=291476308243743

Tiada ulasan:

Catat Komen

Pelik! Muhyiddin kata kerajaan sudah dah tak banyak duit, tetapi timbalan menteri pelancongan baru tetap akan dilantik hari ini

 Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Dee Koh Hoi dilapor akan mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri pelancongan, ke...