Selasa, 16 Mac 2021

Majoriti dijangka cukup, Muhyiddin mungkin sudah punyai sokongan 120 MP kata penganalisis

 PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik percaya Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mungkin sudah mempunyai sokongan hampir 120 Ahli Parlimen, selepas beberapa wakil rakyat PKR keluar parti dan menyokong kerajaan.



Bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia, Ahmad Atory Hussain, berkata sokongan Ahli Parlimen Julau, Larry Sng; Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong; dan terbaru, Ahli Parlimen Kuala Langat Dr Xavier Jayakumar mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan Perikatan Nasional.

Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa baru-baru ini berkata mendakwa akan ada lagi Ahli Parlimen yang akan mengikut langkah Xavier.

Ahli Parlimen Ketereh itu difahamkan sebanyak tujuh atau lapan orang lagi “kawannya” beri petunjuk sedia menyatakan sokongan kepada kerajaan PN.

“Jika sokongan ini menjadi kenyataan, maka Muhyiddin akan memperoleh hampir 120 orang di Parlimen,” kata Atory kepada FMT.

Beliau juga percaya ini akan meyakinkan Muhyiddin untuk mengadakan sidang Parlimen tanpa diganggu gugat usaha pembangkang yang mahu membawa usul tidak percaya terhadap pentadbiran beliau.

Dalam pada itu, Atory berkata, di pihak PKR pula, tentunya pengaruh ketua pembangkang, Anwar Ibrahim, dan sokongan terhadapnya sudah mula merosot.

Maka tidak hairanlah beliau sedia bekerjasama dengan Umno demi kelangsungan politiknya, tambah Atory.

Sementara itu, Awang Azman Awang Pawi daripada Universiti Malaya berkata, kelompok ahli PKR yang keluar adalah daripada rangkaian bekas timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan atau baharu, malah sudah dijangka lama, dan hanya menunggu masa yang sesuai mengikut fasa dan keperluan politik semasa, serta ketahanan prinsip mereka sebagai ahli pembangkang, tambah Awang Azman.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/03/16/pn-dijangka-lebih-mantap-dengan-sokongan-lebih-ramai-ahli-parlimen-pembangkang/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Pelik! Muhyiddin kata kerajaan sudah dah tak banyak duit, tetapi timbalan menteri pelancongan baru tetap akan dilantik hari ini

 Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Dee Koh Hoi dilapor akan mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri pelancongan, ke...