Rabu, 24 Mac 2021

MIC kata dengan nada harapan tinggi, UMNO dan Bersatu boleh berdamai

 MIC percaya masih ada ruang untuk hubungan di antara Umno dan Bersatu diselamatkan.

Ketika meluahkan keyakinan itu, Presidennya Tan Sri S A Vigneswaran mengambil contoh hubungan Umno dan PAS yang pernah berseteru lebih 40 tahun, namun kini bekerjasama di bawah Muafakat Nasional.



“Saya berharap mereka (Umno dan Bersatu) boleh duduk semeja dan menyelesaikan masalah yang berbangkit,” katanya kepada pemberita selepas Program Bantuan Peralatan Kesihatan, Bantuan Perubatan dan Pendidikan di Pusat Khidmat MIC Sungai Siput, di sini hari ini.

Ditanya mengenai pendirian MIC berhubung keputusan Umno untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Vigneswaran berkata perkara tersebut adalah pendirian Umno.

“MIC sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN) menghormati apa sahaja keputusan yang dibuat oleh kepimpinan BN,” katanya, menambah adalah penting bagi BN menetapkan hala tuju yang jelas bagi menghadapi PRU15.

Ini kerana katanya, MIC selaku komponen BN juga tidak pasti tentang hala tuju gabungan berkenaan memandangkan Umno enggan bekerjasama dengan Bersatu sedangkan PAS pula merupakan komponen Perikatan Nasional bersama-sama Bersatu.

“Masing-masing (Umno dan PAS) perlu jelaskan pendirian mengenai perkara ini,” katanya.

Beliau juga percaya sebarang ‘hubungan sulit’ yang kononnya wujud di antara Umno dan Pakatan Harapan tidak akan mendapat restu akar umbi.

“Saya percaya walaupun ada ‘hubungan sulit’, ia tidak akan berhasil kerana adalah sukar untuk DAP bekerja dengan Umno, dan Umno bekerja dengan DAP begitu juga dengan PKR,” katanya.

Baru-baru ini, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak kemungkinan menjalinkan kerjasama dengan Umno, walaupun perbincangan mengenainya masih belum dilakukan secara formal dan mendakwa kerjasama itu disokong beberapa pemimpin dan ahli Parlimen Umno. – HD

https://perakinsights.com/2021/03/23/mic-kata-umno-dan-bersatu-boleh-berdamai/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Azmin kata dia yakin audio itu rakaman sahih, anggap itu pengkhianat terbesar Anwar

 Mohamed Azmin Ali yakin audio yang dikatakan perbualan antara Presiden PKR Anwar Ibrahim dan presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi merupakan...