Ahad, 28 Mac 2021

Panas! Muhyiddin kata Bersatu akan lawan, tanding semua kerusi UMNO

 Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan akan mempertahankan semua kerusi yang pernah ditandingi parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekiranya UMNO tidak mahu bertoleransi melepaskan kerusi berkenaan pada PRU15.



Malah, Ahli Parlimen Pagoh itu juga menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai halangan sekiranya UMNO tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya itu nanti.

“Lebih baik UMNO ambil semua 222 kerusi Parlimen. Jika (mereka) menang (dan) bentuk kerajaan, tidak mengapa. Tetapi kalau UMNO ambil semua (kerusi), saya (Bersatu) pun hendak ambil semua. Satu lawan satu pun boleh, satu lawan dua pun boleh, satu lawan tiga pun boleh… sebab ini politik.

“Tetapi saya tidak mahu sombongkan diri, nanti rakyat marah. Saya faham dengan kenyataan pemimpin UMNO ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kerana saya juga pernah ada di situ suatu masa dahulu,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Zon Ekonomi Khas Pagoh Fasa Satu, Bandar Universiti Pagoh di sini pada Sabtu.

Muhyiddin yang juga Perdana Menteri menegaskan, beliau tidak mahu berdebat dan berbincang soal pembahagian kerusi secara terbuka, sebalikanya akan memberi keutamaan kepada hal rakyat terutama soal keperluan asas dan ekonomi.

“Bukan saya tidak boleh berpolitik, bukan saya tak boleh berbahas. Sebahagian kehidupan saya merupakan politik. Saya boleh berbahas dengan sesiapa sahaja, namun itu saya elakkan.

“Saya nak elak begitu bukan saya takut tetapi kerana rakyat resah, hidup susah, nak makan tiada duit, makan tidak cukup untuk alas perut. Saya tak tahu kenapa parti politik tak prihatin. Ada masalah lain yang perlu diberikan keutamaan.

“Soal pertama ialah menguruskan masalah Covid-19. Soal kedua pula pemberian vaksinasi yang cukup penting dalam menentukan rakyat selamat dan sihat. Seterusnya soal ketiga pula ialah ekonomi,” katanya.

Justeru, Muhyiddin meminta ahli politik mendahulukan kepentingan rakyat termasuk menyelesaikan masalah pandemik Covid-19, pemberian vaksin dan pengukuhan ekonomi rakyat.

Pada Sabtu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dilaporkan berkata bahawa semua kerusi UMNO adalah milik parti itu dan ia tidak akan sesekali melepaskannya.

Susulan itu, beliau berkata, UMNO tidak akan mengalah dan memperjudikan mana-mana kerusi parti itu pada PRU15.

Mohamad berkata demikian ketika berucap merasmikan mesyuarat ketiga-tiga sayap parti sempena PAU 2020 di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur. – SH

Tiada ulasan:

Catat Komen

Najib tetap PM paling teruk dalam sejarah kata Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia paling teruk dalam sejarah negara ini. ...