Jumaat, 19 Mac 2021

Terkini! PKR tak akan terima YB kepit piala

 Mutakhir ini tular berita ada Ahli Dewan Negeri Perak ( ADUN ) yang telah berpaling tadah kepada Perikan Nasional yang menyebabkan keruntuhan kerajaan mandat rakyat di perak sebelum ini akan menyertai KEADILAN Perak



Kebanyakan wakil rakyat yang mengkhianati mandat rakyat sebelum ini menyedari bahawa kebencian rakyat terhadap mereka dan kerajaan tebuk atap  semakin meningkat .

Setelah mereka lihat dari dalam kegagalan kerajaan PN mengemudi negara dalam soal kebajikan rakyat dan tiada kestabilan politik bawah kerajaan minoriti maka mereka membuat keputusan untuk kembali kepada PH melalui menyertai KEADILAN.

KEADILAN sebuah parti reform yang berpegang teguh soal integriti dan prinsip dalam usaha mengembalikan mandat rakyat. Justeru tiada tempat untuk pengkhianat mandat rakyat dalam KEADILAN Perak .

-TAMAT-

Arafat

Ketua Penerangan KEADILAN Perak

Ahli Dewan Negeri Perak ( ADUN ) Hulu Kinta

Tiada ulasan:

Catat Komen

Azmin kata dia yakin audio itu rakaman sahih, anggap itu pengkhianat terbesar Anwar

 Mohamed Azmin Ali yakin audio yang dikatakan perbualan antara Presiden PKR Anwar Ibrahim dan presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi merupakan...