Selasa, 16 Mac 2021

UMNO ni hanya kerusi sahaja dipentingkan bukan sebab perpaduan UMMAH kata pemimpin Bunga

 Beliau secara sinis berkata, Umno “boleh” bertanding di semua 222 kerusi Parlimen, memandangkan parti itu tidak mahu lagi bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).



“Kerusi diberi keutamaan sangat besar (oleh Umno), bukannya soal perpaduan ummah. Sepatutnya bincangkan soal perpaduan ummah,” kata Razali kepada FMT.

Beliau mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya Umno Tajuddin Abdul Rahman bahawa parti itu mahu bertanding di semua kerusi yang disandang oleh mereka yang keluar Umno dan menyertai PPBM

“Pendirian Umno ialah mengambil semula semua kawasan lompat itu. Jadi bila nak ambil balik, tiada perundingan,” kata Tajuddin.

Razali yang juga ketua PPBM Terengganu berkata, Umno kelihatan nekad untuk menolak PN dalam menghadapi PRU15.

“Umno sendiri sudah katakan tidak bersetuju untuk bekerjasama dengan PN, jadi bagi saya Umno boleh bertanding di semua tempat.

“Jadi, selepas Parlimen dibubarkan, Umno boleh bertanding sehingga 222 kerusi Parlimen,” kata beliau.

Razali berkata, keengganan Umno bersama PN pada PRU15, juga bermaksud Umno menolak kerjasama dengan PAS serta parti komponen lain dalam gagasan itu.

Umno dan PAS sebelum ini berulang kali menegaskan kerjasama dua parti itu akan diperkukuhkan menerusi Muafakat Nasional (MN).

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/03/15/umno-hanya-penting-kerusi-bukan-perpaduan-ummah-kata-pemimpin-ppbm/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Azmin kata dia yakin audio itu rakaman sahih, anggap itu pengkhianat terbesar Anwar

 Mohamed Azmin Ali yakin audio yang dikatakan perbualan antara Presiden PKR Anwar Ibrahim dan presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi merupakan...