Sabtu, 3 April 2021

Kenyataan Hadi ‘pandangan peribadi’, Tok Mat tetap mahu Muafakat diteruskan

 PETALING JAYA: Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan secara peribadi mahu kerjasama antara parti Melayu itu dan PAS menerusi “tiket” Muafakat Nasional (MN) diteruskan malah diperkasakan.



Memetik laporan Berita Harian, beliau yang juga ADUN Rantau berkata, kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang seakan memberi bayangan PAS akan meninggalkan MN adalah pandangan peribadi.

“Kenyataan itu adalah pandangan dia, tidak mengapalah. MN berjalan seperti biasa. Secara peribadi, saya ingin melihat MN terus kekal dan diperkasakan.

“Bagaimanapun, Jawatankuasa Teknikal MN akan melihat kerjasama itu menuju ke hadapan, buat masa ini berilah tempoh bertenang dahulu,” kata beliau selepas merasmikan sebuah program di Sikamat, Seremban hari ini.

Semalam, Hadi menuntut PPBM dijadikan komponen MN dengan merujuk kepada perjanjian dimeterai Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau juga berkata, Perikatan Nasional yang ditunjangi PPBM adalah sebuah gagasan berdaftar, sekali gus membayangkan kerjasama semua kumpulan Melayu-Islam harus diasaskan menerusi gabungan itu.

Menyentuh mengenai dakwaan segelintir pihak bahawa Umno punca kepada perpecahan perpaduan Melayu, beliau menegaskan Umno sudah menyatupadukan rakyat di negara ini sejak sebelum Merdeka pada 1956.

“Umno parti dah lama, pelbagai gelombang sudah kita lalui. Jangan begitu mudah kata Umno pemecah perpaduan Melayu atau perpaduan ummah.

“Agenda kita adalah perpaduan dan usaha menyatupadukan rakyat Malaysia sudah dilakukan Umno sejak sekian lama,” kata beliau.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/04/03/kenyataan-hadi-pandangan-peribadi-tok-mat-tetap-mahu-muafakat-diteruskan/

Tiada ulasan:

Catat Komen

Najib tetap PM paling teruk dalam sejarah kata Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia paling teruk dalam sejarah negara ini. ...