Jumaat, 8 Januari 2021

Janganlah putar belit kenyataan Ahmad Maslan kata Najib

 AHLI Parlimen Pekan (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kenyataan Ahli Parlimen Pontian (BN) Datuk Seri Ahmad Maslan berkaitan kes mahkamah yang melibatkan beberapa pemimpin UMNO tidak diputarbelitkan.

Najib berkata, apa yang sebut oleh Setiausaha Agung UMNO itu adalah mengenai ketidakadilan yang dibuat terhadap pemimpin UMNO yang dihadapkan ke mahkamah pada zaman Pakatan Harapan tetapi tidak diperbetulkan oleh kerajaan Perikatan Nasional.



Jelas Najib, ketika pentabiran Pakatan Harapan beberapa pemimpin UMNO dikenakan tindakan mahkamah selepas didakwa menerima dana politik daripadanya.

Bagaimanapun beberapa Ahli Parlimen UMNO yang melompat parti menyertai Pakatan Harapan seperti bekas Ketua Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin dan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mustapa Mohamed tidak dikenakan tindakan walaupun mereka turut menerima wang daripadanya.

Najib berkata, Ahmad Maslan hanya mahu agar Kerajaan Perikatan Nasional membetulkan salahguna kuasa yang dilakukan semasa pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan.

“Ahmad Maslan dan Shahrir Samad juga menerima dana politik dari saya dan mereka pula diambil tindakan mahkamah sebab kekal dengan UMNO dan menjadi orang kena tuduh dalam mahkamah pula.

“Pembayar yang sama, akaun bank yang sama tapi ada penerima yang bebas untuk jadi menteri dan ada pula penerima menjadi orang kena tuduh dalam mahkamah,” kata Najib.

Najib menegaskan Kerajaan Pakatan Harapan telah menyalahgunakan kuasa dengan melakukan pendakwaan terpilih terhadap musuh politik sahaja.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, Kerajaan Perikatan Nasional yang memerintah ketika ini patut memperbetulkan keadaan dengan mendakwa semua yang terlibat.

“Ini jelas salahguna kuasa kerajaan PH. Jika menerima dana dari saya adalah kesalahan jenayah walaupun penerima tidak akan tahu sumber asal dana tersebut maka sila dakwa.

“Dan jika mahu dakwa maka dakwalah semua. Jangan nampak sangat berat sebelah dan ada ketidakadilan yang berpunca dari kepentingan politik.

“Ini apa yang Ahmad Maslan sebut beehubung salahguna kuasa PH yang tidak diperbetulkan oleh PN. Jangan diputar belitkan,” kata Najib.

Sebuah portal sebelum ini melaporkan kononnya Ahmad Maslan membuat kenyataan bahawa salah satu sebab utama UMNO tidak puas hati dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) adalah kerana langkah PN untuk meneruskan kes mahkamah terhadap parti tersebut dan para pemimpinnya.

“Satu lagi rasa tidak puas hati ialah bukan kerana jawatan sangat, tetapi kerajaan sekarang meneruskan kezaliman kerajaan dahulu. Ini tak wajar dibuat.

“Kes-kes yang dibawa ke mahkamah ini ialah kezaliman zaman (bekas perdana menteri) Dr Mahathir Mohamad, (bekas peguam negara)Tommy Thomas dan (bekas ketua pesuruhjaya SPRM) Latheefa Koya.

Mahathir dah tak ada dalam kerajaan, Tommy Thomas tak tahu ke mana, Latheefa Koya pun tak tahu pergi mana. Tetapi kenapa kes yang mereka bawa ini diteruskan?” soalnya dalam satu dialog dua hari lalu.

Katanya lagi, penerusan kes-kes tersebut menandakan kerajaan sekarang juga bertindak zalim, justeru PRU perlu diadakan untuk memilih kerajaan baru.-SM

https://suaramerdeka.com.my/jangan-putarbelitkan-kenyataan-ahmad-maslan-najib/

Umno tak jujur, tak boleh percayai langsung, kata bekas MB Johor

 Tindakan Umno mahu memutuskan kerjasama politik dengan PPBM dianggap sebagai tiada kejujuran dan tidak boleh dipercayai, kata bekas menteri besar Johor Osman Sapian.

“Pada pendapat saya, jika itu yang mereka mahu bermakna mereka tidak ada kejujuran,” kata ahli PPBM itu kepada FMT.



Beliau berkata, dalam apa saja usul dikemukakan ketua bahagian Umno itu terpulang kepada mereka, namun beliau menegaskan kuasa membuat keputusan bawah tanggungjawab Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu.

“Maka dengan itu PPBM menyerahkan kata putus dibuat oleh yang berhak. Apa-apa keputusan pendirian terhadap daripada mana-mana ketua bahagian itu terpulang kepada dia (Umno).

“Tapi yang berhak memutuskan adalah kepimpinan tertinggi, kita serahkan keputusan bijaksana yang akan dibuat oleh majlis pimpinan tertinggi (MKT Umno),” katanya.

Osman berkata, jika Umno mahu memutuskan hubungan dengan PPBM, tindakan itu boleh menjadi punca kejatuhan Johor kerana sukar bagi Umno mendapatkan majoriti untuk menubuhkan kerajaan negeri.

Katanya, jika Umno terus mendesak, pucuk pimpinan PPBM harus memperhalusinya secepat mungkin namun jangan menggunakan kedudukan dalam kerajaan untuk memperkuatkan parti sendiri sahaja.

“Kalau sudah didesak macam ini, majlis pimpinan tertinggi (PPBM) kena perhalusi perkara ini secepat mungkin. Jangan gunakan kedudukan dalam kerajaan untuk memperteguhkan parti dia sahaja,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, MKT Umno akan membincangkan usul penolakan kerjasama dengan PPBM yang diputuskan 143 dari 191 bahagiannya.

Presiden Ahmad Zahid Hamidi berkata, penolakan kerjasama itu pada awalnya dibuat melalui satu kajian dalam kumpulan WhatsApp ketua Umno bahagian seluruh negara.

Malah, antara sebab lain pula Umno mendakwa PPBM menawarkan wang untuk memancing ahlinya menyertai parti pimpinan Muhyiddin Yassin itu.

Zahid berkata, usul itu harus dikaji dan diterima Umno sebagai suara akar umbi serta keputusan rasmi parti, walaupun Ahli Parlimen Umno menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Umno dijangka memuktamadkan keputusan sama ada menamatkan kerjasama dengan PPBM dalam perhimpunan agung 31 Jan ini, dan menarik diri daripada kerajaan PN ditunjangi parti itu bagi membolehkan pilihan raya umum ke-15 diadakan pada suku pertama tahun ini.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/01/08/umno-tak-jujur-tak-boleh-percaya-kata-bekas-mb-johor/

Pelik! Muhyiddin kata kerajaan sudah dah tak banyak duit, tetapi timbalan menteri pelancongan baru tetap akan dilantik hari ini

 Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Dee Koh Hoi dilapor akan mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri pelancongan, ke...