Khamis, 14 Januari 2021

Darurat beri kesan pada ekonomi, demokrasi – Ronnie Liu

KUALA LUMPUR – Dalam hantaran terbaru Facebook, Ronnie Liu melahirkan rasa kurang senang dengan pengumuman darurat yang telah diumumkan oleh Kerajaan Perikatan Nasional.

Ronnie yang merupakan Ahli Jawatankuasa Pusat DAP (CEC) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sg Pelek berkata, darurat yang diumumkan oleh diumumkan tidak mengikut Perlembagaan.



“Bagi saya, darurat ini tidak berperlembagaan. Ianya bukan satu keperluan dan tidak realistik langsung.

“Ini sebenarnya akan memberi kesan kepada ekonomi dan demokrasi kita,” tulisnya sebentar tadi.

Pengumuman darurat itu baru-baru ini selepas perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bersasar bermula 13 Januari 2021 untuk mengatasi lonjakan kes Covid-19 yang semakin membimbangkan.

Keputusan itu dibuat susulan lonjakan kes harian positif Covid-19 di negara ini empat angka sejak kebekakangan ini.

-MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2021/01/14/darurat-beri-kesan-pada-ekonomi-demokrasi-ronnie-liu/

Benar, UMNO lemas di kolam yang cetek – Annuar

 TAN Sri Annuar Musa menjadi pemimpin UMNO pertama bersetuju dengan pandangan Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin bahawa UMNO ketika ini sedang lemas di dalam sebuah kolam yang cetek

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, ada antara pemimpin UMNO yang marah di kumpulan WhatsApp dan tidak dapat menerima pandangan yang dilontarkan oleh Pengarah Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia tersebut.


“Tulisan Prof. Samsul Amri sememangnya pedih. Dalam grup Whatsapp pemimpin UMNO ada yang marah dan in denial tapi ramai juga yang berjiwa besar menerima kritikan Pengerusi Majlis Professor Negara itu.

“Saya mendapati ia benar. Saya merasakan UMNO perlu mendengar jika tidak UMNO bakal hanyut semakin jauh.

“Masih ramai yang masih dibuai mimpi lama ketika rakyat sudah jauh berubah. Masih ramai selesa dalam kepompong lama sedangkan parti lain telah merekayasa parti mereka masing masing,” kata Annuar.

Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu berkata, UMNO seolah-olah tidak mendapat sebarang pengajaran selepas tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

Malah parti itu menganggap sebarang teguran terhadap UMNO dan pemimpinnya dikira sebagai pembelotan dan mereka yang membuat teguran perlu disingkirkan.

“Namun saya merasakan belum terlambat untuk membangkitkan kesedaran dalam UMNO. Malah telah ada gelombang kesedaran baru yang mampu membesar. Yang diperlukan adalah keberanian serta keihlasan dalam perjuangan.

“Ya… lemas di kolam cetek kerana hilang upaya atau terlena di kolam renang bukan disebabkan tiada kepandaian berenang. Pulihkan keupayaan, bangunlah dari lena yg panjang,” gesa Annuar.

Dalam artikel yang disiarkan oleh sebuah portal berita, Shamsul Amri berkata, UMNO kini umpama lemas di kolam yang cetek.

Baca selanjutnya https://suaramerdeka.com.my/benar-umno-lemas-di-kolam-yang-cetek-annuar/

Ku Li positif Covid-19

 Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah disahkan positif Covid-19 dan kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital di ibu negara, menurut sumber yang rapat dengan pemimpin Umno itu.

Sumber itu berkata, pengerusi jemaah penasihat Umno itu berada dalam keadaan sihat dan stabil tanpa mengalami sebarang komplikasi.


Foto- FMT

“Beliau nampaknya sihat dan sedang berehat. Beliau diketahui umum sebagai amat sihat bagi seseorang yang sudah berusia,” kata sumber itu kepada FMT.

Difahamkan, beliau adalah kontak rapat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim dan ADUN Neggiri, Ab Aziz Yusoff serta Ketua Pemuda Umno Gua Musang, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang disahkan positif virus itu.

Sebelum ini, pegawai Tengku Razaleigh, Lokman Abdul Ghani juga disahkan positif Covid-19 dan menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/01/14/ku-li-positif-covid-19/

[Gempar] Anwar, Tun M dan Shafie bakal bentuk gabungan besar? - MG

 


Pakatan Harapan (PH) mengharapkan isu darurat dapat menjadi satu daya untuk membaiki hubungan yang retak dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Ia sekali gus merancakkan usaha untuk membentuk “pakatan besar pembangkang” atau PH yang menggabungkan semua parti pembangkang.


https://malaysiagazette.com/2021/01/14/anwar-tun-m-dan-shafie-bakal-bentuk-gabungan-besar-mgflash/?fbclid=IwAR2_bgMq0TR08DjXlu6PvheOwhamE9-kDh9upRrdD_4NrXOVMS7F9xdwFTg

Pelik! Muhyiddin kata kerajaan sudah dah tak banyak duit, tetapi timbalan menteri pelancongan baru tetap akan dilantik hari ini

 Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Dee Koh Hoi dilapor akan mengangkat sumpah sebagai timbalan menteri pelancongan, ke...